Ok...banyak cerita pasal perempuan China yg disuruh buat ketuk-ketampi dalam keadaan berbogel oleh polis Malaysia. Fail video tu pun dah tersebar luas di peringkat antarabangsa, jadi tak ada rahsia lagi. Mungkin tak ada salah untuk saya letakkan untuk download disini, kerana ada satu perkara yg menarik perhatian saya yang saya harap anda dapat menilai sendiri
Yang pelik sikit, jika anda dengar bacaan ayat Quran yg menjadi bunyi latar video tersebut, bunyinya bagaikan ditambah kepada video asal. Ianya sungguh jelas, sehingga tiada kedengaran bunyi-bunyi lain. Adakah bilik tahanan tersebut betul-betul sebelah surau? Pelik juga. Jika didengar betul-betul...bacaan Sadakhallahu'azim kedengaran betul-betul pada penghujung video bila perempuan tersebut mula memakai bajunya kembali. Lagi pelik! Video habis, bacaan surah pun selesai?! Timing yang sungguh baik, terlalu sempurna.
Adakah ini secara kebetulan atau bunyi bacaan al-Quran tersebut telah ditambah kepada video asal? Jika benar bacaan al-Quran tersebut telah ditambah, apakah motif mereka yang melakukannya? Adakah ianya bagi memburuk-burukkan imej Islam?
Ini tidak sekali-kali bertujuan meringankan salahlaku anggota polis terlibat (walaupun sebelum ni kita banyak dengar rakyat Malaysia sendiri pun kena strip search sebelum ni, tapi tak ada sesiapa pun peduli), tapi jika betul bunyi bacaan al-Quran tersebut telah ditambah kepada video asal, jelas nampaknya ada plot yang lebih jahat yang tersembunyi.
Anda mungkin memerlukan Quicktime player...boleh download dari www.apple.com
|